Khamis, 21 Mac 2013

Tahniah diucapkan kepada batch '95 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masa yang selama ini menjadi debaran bagi bekas calon Sijil Pelajaran Malaysia 2012 telah pun terjawab pada hari ini. Apa yang diperoleh itu adalah hasil daripada usaha keras anda semua. Tahniah diucapkan kepada pelaja-pelajar Tingkatan 5 2012. Pada tahun ini, SMK Simpang Rengam telah melahirkan 3 orang 'Perfect Score'. 'Near Miss' atau 1 - 8 'A' akan diupdated kemudian. Berikut adalah gambar dari fan page SMK Simpang Rengam.
 Semua menunjukkan muka yang ceria. Mesti hebaq-hebaq belaka keputusannya.
Inilah dia muka-muka yang mendapat 'Perfect Score'. Tahniah.

Tahniah kepada semua pelajar Tingkatan 5 2012. Semoga apa yang diingini telah dapat dicapai. Apa-apa pun, teruskan berusaha untuk yang akan datang. Semoga berjaya dalam hidup dunia akhirat. InshaAllah. Okay, setakat di sini saja yang dapat dicoretkan. Esok hari terakhir UKK 1. Doakan kami pelajar Tingkatan 5 2013 tahun ini. Minggu ini adalah 'exam fever'. Argghhhh, tak sabar nak habis periksa. Dan selamat bercuti buat pelajar-pelajar sekalian ! :D Sekian, wassalam. -Admin Syaza Nazurah-

Rabu, 20 Mac 2013

Karnival Kerjaya di SM Sains Sembrong

Bismillahirrahmanirahim.

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Pada 20/03/2013 SM Sains Sembrong telah mengadakan Karnival Kerjaya. Pihak SMKSR telah menghantar 4 orang wakil :

1. Nursahiela binti Rosli
2. Syaza Nazurah binti Khamsa
3. Nur Ain binti Abdul Majid
4. Siti Nur Suhaili Afiqah binti Sariman

Karnival ini telah disertai oleh pelbagai agensi awam, antaranya ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, pihak bomba dan lain-lain. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah memberi pendedahan kepada para pelajar apakah yang perlu dilakukan selepas tamat persekolahan. Karnival ini dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari IPTA dan pelajar-pelajar sekolah dari Daerah Kluang.


INFO SPA.

Objektif SPA :

Untuk memastikan fungsi-fungsi ;
  • Melantik
  • Mengesah
  • Pemberian Taraf Berpencen
  • Menaikkan Pangkat
  • Menukar
  • Menjalankan Kawalan Tertib 
Ke atas angota-anggota Perkhidmatan Awam di bawah bidangkuasa SPA dilaksanakan dengan sempurna dan efisyen dalam tempoh yang ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawat pautan ini ---> www.spa.gov.my.

Sabtu, 16 Mac 2013

Karnival Minggu Anti-Dadah 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada 16 Mac 2013 (Sabtu), Unit Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan karnival bersempena dengan minggu anti-dadah bagi tahun 2013. Pelbagai agensi-agensi kerajaan hadir ke sekolah untuk bersama-sama mendedahkan tentang bahaya dadah serta memeriahkan lagi pameran tersebut.

Pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling mengadakan ujian kepada sesiapa yang ingin menjalaninya. Antara ujian yang dijalankan ialah ujian kemurungan, kerisauan, tekanan, dan kenali diri melalui warna. Unit Bimbingan dan Kaunseling mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar sekalian dan juga sekolah. Melalui pameran yang diadakan ini, para pelajar dapar mengetahui tentang jenis-jenis dadah, hukuman mengambil dan menjual dadah dan sebagainya. Hal ini dapat menimbulkan rasa takut kepada pelajar dan pengunjung untuk melakukan jenayah tersebut.

Kesimpulannya, pelbagai faedah yang dapat diberikan kepada pelajar-pelajar. Semoga pameran yang dilangsungkan memberi kesedaran kepada mereka akan implikasi mengambil dadah. Sekian, wassalam.
 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.