Sabtu, 30 Jun 2012

Hari Koperasi SMK Simpang Rengam tahun 2012

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Pada hari ini telah berlangsungnya "Hari Koperasi SMKSR tahun 2012". Pihak sekolah telah merasmikan hari koperasi pada hari Isnin yang lalu dan hari kemuncaknya ialah pada hari ini, iaitu 30/06/2012 (Sabtu). Pelbagai aktiviti yang dilakukan sempena dengan minggu koperasi sebelum meraikan hari kemuncak koperasi seperti eksplores, teka silang kata dan sebagainya.

Semua persatuan yang ada di sekolah telah mengambil bahagian untuk berniaga. Terdapat juga peniaga dari luar yang turut berniaga sempena Hari Koperasi Sekolah Tahun 2012 untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut. Selain menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, ada juga yang menjual keychain, dompet dan lain-lain lagi. Selain aktiviti menjual, terdapat juga aktiviti padang iaitu futsal dan bola sepak.

Kelab Bimbingan dan Kaunseling juga mengambil bahagian sempena hari koperasi tersebut. Kelab Bimbingan dan Kaunseling menayangkan cerita dan filem untuk ditonton oleh para pengunjung. Antara yang cerita dan filem yang ditayangkan ialah Bohsia 2 Jalan Kembali, Aku, Kau dan Dia serta Madagaska. Alhamdulillah kepada Allah kerana sambutan ini berjalan dengan lancar. Harapnya tahun depan akan lebih meriah. Di sini ada beberapa gambar yang ingin dikongsikan bersama. Sekian, assalamualaikum. 



 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.