Khamis, 17 November 2011

Menyingkap rahsia angka 7 dalam Islam

  1. Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit, Firman-Nya yang bermaksud : Dan kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh (AnNabaa’ : 12). Kemudian Allah menghiasi dengan tujuh bintang, firman Allah yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit, dan Kami telah menghiasinya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya.
  2. Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud : Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi (Atthalaaq : 12). Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi (Luqman : 27).
  3. Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat, iaitu : Jahannam, Sa’iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh pintu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka (Al-Hijr : 44).
  4. Allah telah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang, kemudian menghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung (Al-Hijr : 87).
  5. Allah menghiasi manusia dengan tujuh angggota badan iaitu, dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. Firman-Nya yang bermaksud : Dan sujudlah dan dekatkanlah dirimu kepada Allah (Al-’Alaq : 19).
  6. Allah menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut "radli", kemudian "farhim", kemudian "kuhul", kemudian "syaikh". Dan menghiasi tujuh peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu : Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah yang bermaksud : Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya (Al-Fath : 26). 
  7. Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu, pertama : Hindustan. Kedua : Hijaz, ketiga : Bashrah, Badiyah dan Kufah. Keempat : Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh. Kelima : Roma dan Armenia. Keenam : Negeri Ya’juj dan Ma’juj. Ketujuh : China dan Turkistan. Kemudian Allah menghiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari Sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari Ahad, Dawud a.s dengan a.s dengan hari Isnin, Nabi Sulaiman a.s dengan hari selasa, Nabi Ya’qud a.s dengan hari khamis dan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari Jumaat.
p/s: Artikel ini copy paste dari PanduanPercuma.info.

Sabtu, 12 November 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM kepada pelajar Ting.5

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada semua pelajar Tingkatan 5 SMK Simpang Rengam pada hari Isnin minggu depan. Tinggal 2 hari saja lagi untuk anda membuat persediaan bagi menduduki peperiksaan SPM 2011. Segala ilmu dan nasihat telah diberikan oleh para guru kepada para pelajar Tingkatan 5. Jawablah dengan berhati-hati dan paling penting para pelajar sekalian jangan sesekali tidur kerana takut masa tidak cukup. Tidurlah secepat mungkin pada malam hari supaya para pelajar tidak mengantuk ketika menjawab periksa nanti. Ambillah peluang yang terakhir ini dengan membuat sedikit ulangkaji. Semoga berjaya ! Di sini saya ada sediakan sedikit tips atau petua untuk anda baca sebelum peperiksaan bermula.

PERSEDIAAN FIZIKAL
Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persediaan mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut.
  1. Tidur yang cukup
    Tidur yang cukup ialah diantara 6 hingga 7 jam sehari. Kurang tidur akan menyebabkan anda rasa ngantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

  2. Jaga pemakanan
    Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya, "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-baqarah : 57). Yang dimaksudkan : Sebagai yang baik di sini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

  3. Riadah
    Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak 3 kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bola sepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yang anda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.

  4. Keselamatan
    Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda pasti tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berada dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musim menjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada di rumah.

Isnin, 31 Oktober 2011

Permohonan secara online ke MRSM sudah ditutup

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Pengumuman ini khas ditujukan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 yang memohon untuk kemasukan Tingkatan 4 tahun 2012 ke MRSM, permohonan secara online telah ditutup pada 20/10/2011 yang lalu. Anda dikehendaki menghantar butiran-butiran yang diminta seperti yang tertulis dalam borang permohonana tersebut yang telah dicetak. Pelajar-pelajar tersebut juga akan menjalani ujian IQ di MRSM yang telah para pelajar pilih. Sila ikut semua ketetapan yang telah dipersetujui. Harap maklum. Sebarang pertanyaan boleh terus berjumpa dengan guru-guru kaunselor. Sekian, terima kasih. 
 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.