Khamis, 19 Januari 2012

Sesi pembelajaran membuat blog di SK Seri Machap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada 20/01/2012 (hari Jumaat), dua orang pelajar kita, Syaza Nazurah binti Khamsa dan Siti Nur Suhaili Afiqah binti Sariman telah dijemput untuk mengajar murid-murid darjah 5 dan 6 membuat blog. Seramai 14 orang murid telah menyertai bengkel ICT ini. Segala yang dirancangkan berjalan dengan begitu baik. Penerangan yang terperinci telah disampaikan oleh JU Muda ICT Syaza Nazurah binti Khamsa. Alhamdulillah, murid-murid telah memberikan sambutan yang baik. Kami berharap dengan bantuan pelajar dari SMKSR dapat membantu  ramai orang. Kita juga dapat memudahkan sesuatu program apabila kita mempunyai sebuah blog. Segala maklumat dan info terkini boleh kita siarkan di blog. Pelajar-pelajar hanya perlu merujuk blog untuk mengetahui apa-apa yang terkini dari masa ke semasa. Semoga ilmu yang disampaikan dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Sekian, assalamualaikum.

Khamis, 22 Disember 2011

Keputusan PMR bagi tahun 2011

Assalammualaikum w.b.t.
SMK Simpang Rengam telah memecahkan rekod keputusan yang lepas-lepas pada tahun ini. Tahniah kepada 29 pelajar yang mendapat Perfect Score yang terbanyak di kalangannya pelajar Kelas Aliran Agama. Berbanding tahun sebelumnya sekolah kita mendapat 25 orang pelajar yang mendapat Perfect Score yang terbanyak di kalangannya dari pelajar Kelas Rancangan Khas. Seramai 33 pelajar SMKSR telah mendapat near miss iaitu, mendapat 1B atau 1C dalam PMR pada tahun 2011 ini. Jika pelajar-pelajar yang near miss itu mendapat Perfect Score, SMKSR akan melahirkan lebih kurang 60 pelajar Perfect Score dalam PMR. Apa-apa pun, Pihak sekolah dan ibu bapa mengucapkan tahniah atas kejayaan anak-anak semua. Bagi yang tidak berjaya, teruskan lagi usaha anda untuk SPM yang akan datang. InsyaAllah dengan berbekalkan usaha, doa dan tawakal kepada-Nya, kita akan memperolehi kejayaan itu.

Ahad, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433 :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Unit Bimbingan Kaunseling SMKSR ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam yang berada di dunia ini dan warga sekolah SMKSR.
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 12 Rabiul Awal tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.
Terasa sekejap masa berlalu. Kini kita sudah melangkah masuk ke 1433H. Semoga dalam tahun baru Islam ini kita sama-sama memperbaharui tekad untuk mengeratkan lagi ikatan perpaduan demi kekuatan agama, bangsa dan keutuhan negara. Ibarat air yang dicincang tidak akan putus. Begitulah hendaknya. Salam daripada kami semua. Semoga ia tahun yang membawa berkat & rahmat yang berterusan. Lord have mercy on us, forgive us our sins and bless us with your love & guidance. Aaammiinn.
 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.