Khamis, 2 Februari 2012

Tahniah kepada para pelajar yang mendapat tawaran ke SBP dan SBPI

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, pelajar-pelajar SMKSR telah mendapat tawaran SPB dan SBPI. Tahniah kepada mereka kerana berjaya masuk ke Sekolah Berasrama Penuh hasil titik peluh mereka dalam PMR yang lepas. Pelajar-pelajar tersebut telah pun pergi ke Sekolah Berasrama Penuh pada 31 Januari yang lalu. Mereka ialah Siti Norizzati binti Mohd Din dari Tingkatan 4 SNA 1 (SMS Semberong), Hamzatul Aqilah binti Abdul Jalil dari Tingkatan 4 SNA 1 (SMS Selangor), Nurul Sakinah binti Khasbullah dari Tingkatan 4 SNA 1 (SMS Semberong), Nazatul Adhana binti Jamil dari Tingkatan 4 SNA 1 (SMS Integrasi Jempol), Siti Nuraini binti Mohd Sokri dari Tingkatan 4 SNA 1 (SMS Semberong), Muhd Hafizi bin Dzaid dari Tingkatan 4 SNT (SMS Alam Shah), Nur Alia Suhana binti Hasni dari Tingkatan 4 SNT (SMS Semberong), Diah binti Roma dari Tingkatan 4 SNT dan Atikah binti Mustafa dari Tingkatan 4 SNT (SMS Semberong).

Semoga mereka berjaya dan mendapat Perfect Score untuk SPM pula di sekolah sana. Kami, para guru dan para pelajar akan sentiasa mendoakan dan merindui mereka. Dan tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar SMKSR yang tidak mendapat mana-mana tawaran ke SBP atau SBPI, jangan bersedih. Belajar di mana-mana pun sama. Cuma yang membezakan kita ialah usaha kita untuk berjaya. Pihak sekolah percaya bahawa kita juga boleh cemerlang seperti orang lain dengan syarat kita mahukan kejayaan itu. Tiada apa yang mustahil di dunia ini. Pegang kepada 3 perkara ini, iaitu Usaha, Doa dan diiringi dengan Bertawakal kepada Yang Maha Esa. InsyaAllah, kejayaan itu milik kita bersama. Tahniah sekali lagi kepada para pelajar yang mendapat tawaran ke SBP dan SBPI. Datang dengan harapan, pulang dengan membawa kejayaan. Sekian, wassalam.

Khamis, 19 Januari 2012

Sesi pembelajaran membuat blog di SK Seri Machap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada 20/01/2012 (hari Jumaat), dua orang pelajar kita, Syaza Nazurah binti Khamsa dan Siti Nur Suhaili Afiqah binti Sariman telah dijemput untuk mengajar murid-murid darjah 5 dan 6 membuat blog. Seramai 14 orang murid telah menyertai bengkel ICT ini. Segala yang dirancangkan berjalan dengan begitu baik. Penerangan yang terperinci telah disampaikan oleh JU Muda ICT Syaza Nazurah binti Khamsa. Alhamdulillah, murid-murid telah memberikan sambutan yang baik. Kami berharap dengan bantuan pelajar dari SMKSR dapat membantu  ramai orang. Kita juga dapat memudahkan sesuatu program apabila kita mempunyai sebuah blog. Segala maklumat dan info terkini boleh kita siarkan di blog. Pelajar-pelajar hanya perlu merujuk blog untuk mengetahui apa-apa yang terkini dari masa ke semasa. Semoga ilmu yang disampaikan dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Sekian, assalamualaikum.

Khamis, 22 Disember 2011

Keputusan PMR bagi tahun 2011

Assalammualaikum w.b.t.
SMK Simpang Rengam telah memecahkan rekod keputusan yang lepas-lepas pada tahun ini. Tahniah kepada 29 pelajar yang mendapat Perfect Score yang terbanyak di kalangannya pelajar Kelas Aliran Agama. Berbanding tahun sebelumnya sekolah kita mendapat 25 orang pelajar yang mendapat Perfect Score yang terbanyak di kalangannya dari pelajar Kelas Rancangan Khas. Seramai 33 pelajar SMKSR telah mendapat near miss iaitu, mendapat 1B atau 1C dalam PMR pada tahun 2011 ini. Jika pelajar-pelajar yang near miss itu mendapat Perfect Score, SMKSR akan melahirkan lebih kurang 60 pelajar Perfect Score dalam PMR. Apa-apa pun, Pihak sekolah dan ibu bapa mengucapkan tahniah atas kejayaan anak-anak semua. Bagi yang tidak berjaya, teruskan lagi usaha anda untuk SPM yang akan datang. InsyaAllah dengan berbekalkan usaha, doa dan tawakal kepada-Nya, kita akan memperolehi kejayaan itu.
 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.