Sabtu, 18 Februari 2012

Program 1/2 hari bersama siswa siswi U.Sultan Zainal Abidin



Pada 11/02/12 telah diadakan program setengah hari bersama mahasiswa- mahasiswi dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA). Program ini dijalankan di Dewan Jauhari Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Rengam dan disertai seramai 84 orang pelajar dari Tingkatan 3, 4 dan 5. Program ini bertujuan untuk membina keyakinan para peserta dengan LDK yang dijalankan sekaligus membakar semangat para peserta untuk berusaha dalam pelajaran supaya diterima di mana-mana Universiti yang mereka inginkan.
Para peserta bersama-sama fasilitator bergambar bersama.
LDK  4 
Mahasiswa-mahasiswi UNiSZA.
Buat chicken dance bersama-sama. Nyanyi lagu masihkah kau ingat.

Ahad, 5 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul 2012

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Salam Maulidur Rasul 2012 buat semua rakan-rakan.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita. Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul.

Hari ini bersamaan 5 Februari 2012 (12 Rabiul Awal 1433), kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah SAW. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra (besar) buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun semangat dan roh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa, perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011 buat semua teman seIslam dan juga rakan-rakan blogger. Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW, kita telusuri sejarah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.

Jom kita dengar sekali lagu dari kumpulan hijjaz yang bertajuk rasulullah.

Hijjaz-Rasulullah
(1)
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
(korus)
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
(ulang korus & 1)

Khamis, 2 Februari 2012

Tahniah kepada para pelajar yang mendapat tawaran ke SBP dan SBPI

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, pelajar-pelajar SMKSR telah mendapat tawaran SPB dan SBPI. Tahniah kepada mereka kerana berjaya masuk ke Sekolah Berasrama Penuh hasil titik peluh mereka dalam PMR yang lepas. Pelajar-pelajar tersebut telah pun pergi ke Sekolah Berasrama Penuh pada 31 Januari yang lalu. Mereka ialah Siti Norizzati binti Mohd Din dari Tingkatan 4 SNA 1 (SMS Semberong), Hamzatul Aqilah binti Abdul Jalil dari Tingkatan 4 SNA 1 (SMS Selangor), Nurul Sakinah binti Khasbullah dari Tingkatan 4 SNA 1 (SMS Semberong), Nazatul Adhana binti Jamil dari Tingkatan 4 SNA 1 (SMS Integrasi Jempol), Siti Nuraini binti Mohd Sokri dari Tingkatan 4 SNA 1 (SMS Semberong), Muhd Hafizi bin Dzaid dari Tingkatan 4 SNT (SMS Alam Shah), Nur Alia Suhana binti Hasni dari Tingkatan 4 SNT (SMS Semberong), Diah binti Roma dari Tingkatan 4 SNT dan Atikah binti Mustafa dari Tingkatan 4 SNT (SMS Semberong).

Semoga mereka berjaya dan mendapat Perfect Score untuk SPM pula di sekolah sana. Kami, para guru dan para pelajar akan sentiasa mendoakan dan merindui mereka. Dan tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar SMKSR yang tidak mendapat mana-mana tawaran ke SBP atau SBPI, jangan bersedih. Belajar di mana-mana pun sama. Cuma yang membezakan kita ialah usaha kita untuk berjaya. Pihak sekolah percaya bahawa kita juga boleh cemerlang seperti orang lain dengan syarat kita mahukan kejayaan itu. Tiada apa yang mustahil di dunia ini. Pegang kepada 3 perkara ini, iaitu Usaha, Doa dan diiringi dengan Bertawakal kepada Yang Maha Esa. InsyaAllah, kejayaan itu milik kita bersama. Tahniah sekali lagi kepada para pelajar yang mendapat tawaran ke SBP dan SBPI. Datang dengan harapan, pulang dengan membawa kejayaan. Sekian, wassalam.
 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.