Rabu, 11 Julai 2012

Kursus Kepimpinan Pelajar Cemerlang Ting. 4 SMK Daerah Kluang

KELOLAAN :

INSTITUSI INTEGRITI, KEPIMPINAN DAN LATIHAN SEMANGAT.
YAYASAN WARISAN JOHOR (IKLAS).
26 hingga 28 Jun 2012.
SAVANNAH HILL RESORT.
KG.SG.TIRAM, ULU TIRAM JOHOR.

Kursus kepimpinan ini dijalankan bertujuan untuk membina ganerasi muda yang berkualiti bagi merealisasikan misi dan visi negara. Selain itu, program ini dapat melahirkan pelajar atau pemimpin yang berperibadi mulia dan berintegriti.

Antara aktiviti sepanjang program ini berlangsung ialah, Langkah Asas Zapin Johor. Aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai warisan seni budaya yang semakin dilupakan. Seterusnya ialah, Bengkel Integriti. Para pelajar diberi pengetahuan mengenai integriti dan panduan mengamalkan integriti dalam kehidupan. Dengan pengetahuan sebegini, para pelajar diajar mengenai perdebatan Integriti. Perdebatan ini berlangsung pada hari terakhir kursus ini diadakan. Aktiviti ini mendapat sokongan yang menggalakkan daripada pelajar. Para pelajar menunjukkan minat dan bakat mereka yang terpendam dalam perdebatan ini. Kursus ini berakhir pada 28 Jun iaitu pada hari ketiga kursus ini dijalankan.

Sabtu, 30 Jun 2012

Hari Koperasi SMK Simpang Rengam tahun 2012

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Pada hari ini telah berlangsungnya "Hari Koperasi SMKSR tahun 2012". Pihak sekolah telah merasmikan hari koperasi pada hari Isnin yang lalu dan hari kemuncaknya ialah pada hari ini, iaitu 30/06/2012 (Sabtu). Pelbagai aktiviti yang dilakukan sempena dengan minggu koperasi sebelum meraikan hari kemuncak koperasi seperti eksplores, teka silang kata dan sebagainya.

Semua persatuan yang ada di sekolah telah mengambil bahagian untuk berniaga. Terdapat juga peniaga dari luar yang turut berniaga sempena Hari Koperasi Sekolah Tahun 2012 untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut. Selain menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, ada juga yang menjual keychain, dompet dan lain-lain lagi. Selain aktiviti menjual, terdapat juga aktiviti padang iaitu futsal dan bola sepak.

Kelab Bimbingan dan Kaunseling juga mengambil bahagian sempena hari koperasi tersebut. Kelab Bimbingan dan Kaunseling menayangkan cerita dan filem untuk ditonton oleh para pengunjung. Antara yang cerita dan filem yang ditayangkan ialah Bohsia 2 Jalan Kembali, Aku, Kau dan Dia serta Madagaska. Alhamdulillah kepada Allah kerana sambutan ini berjalan dengan lancar. Harapnya tahun depan akan lebih meriah. Di sini ada beberapa gambar yang ingin dikongsikan bersama. Sekian, assalamualaikum. 



Isnin, 23 April 2012

Minggu Kerjaya 2012

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Pada hari ini, 23/04/2012, telah diadakan perasmian bagi minggu kerjaya bagi tahun 2012. Perasmian ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Ahmad bin Awang, pengetua SMK Simpang Rengam. Minggu kerjaya ini akan diadakan selama seminggu (23/04/2012 - 27/04/2012). Pelbagai aktiviti akan diadakan bersempena dengan minggu kerjaya ini. Antaranya ialah temu duga untuk kelayakan bekerja, kuiz minggu kerjaya, spell it right dan sebagainya. Pada setiap pagi, guru kaunseling SMKSR akan menganjurkan pertandingan "Spell It Right" selama 5 minit. Spell it right tersebut mengenai bidang-bidang pekerjaan.

Selain itu, pihak bimbingan dan kaunseling juga mengadakan aktiviti yang lebih kurang tentang pilihan pekerjaan. Pelajar akan memilih pekerjaan yang mereka tak suka, suka dan mahu belajar. Daripada situ, pelajar boleh mendapat tahu ke arah mana halatuju mereka. Pelajar-pelajar juga boleh meminta nasihat daripada guru-guru kaunseling mengenai pekerjaan yang para pelajar minati atau yang ingin diceburi.

Hari kemuncak bagi Minggu Kerjaya adalah pada hari Khamis (26/04/2012). Sebanyak 16 Universiti menawarkan diri untuk membuat pameran kerjaya di SMK Simpang Rengam. Antaranya ialah Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan sebagainya. Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5, mereka boleh memilih universiti mana yang sesuai dengan kemahuan mereka. Mereka juga boleh meminta pendapat kepada pihak universiti tersebut tentang bidang-bidang apa yang mereka boleh ceburi bersesuaian dengan pelajaran apa yang mereka ambil untuk SPM.
 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.