Isnin, 20 Ogos 2012

Salam Lebaran 2012 M / 1433 H

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Di kesempatan yang ada ini, kami dari warga Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKSR ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah dan sentiasa diamalkan di bulan-bulan yang lain juga.

Jika ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Jika ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

P/s : Kepada adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, jangan lah bermain mercun ye. Silap-silap nanti boleh membakar diri. Apa-apa pun, jaga diri di hari lebaran :)

Rabu, 8 Ogos 2012

Semoga berjaya kepada para pelajar Tingkatan 3

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.
Pada hari ini, semua sekolah yang ada di Malaysia dan pelajar-pelajar Tingkatan 3 khususnya akan menduduki Peperiksaan Percubaan PMR bagi tahun 2012. Semoga berjaya diucapkan kepada para pelajar Tingkatan 3 SMKSR dan seluruh negeri. Buat sebaik mungkin dan tunjukkan bahawa anda boleh dan mampu untuk menggapai impian anda. Doa guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan akan senantiasa mengiringi anda semua. Akhir kata, jawab dengan hati yang tenang dan jangan gelabah.

Jumaat, 20 Julai 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan !

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Unit  Bimbingan Kaunseling SMKSR ingin mengucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan kepada semua umat Islam. Sudah setahun kita meninggalkan bulan Ramadhan tahun lalu, kini ia menjelma kembali. Unit Bimbingan Kaunseling SMKSR mendoakan agar kita sama-sama dapat membuat ibadah lebih daripada sebelum-sebelumnya.
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
  1. Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no : 233).
  2. Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah." (HR Ibn Hibban).
  3. Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i).
  4. Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim).
  5. Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari).
  6. Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari).
  7. Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar ? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr :1-5).
  8. Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim).
  9. Nabi saw bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim).
  10. Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari).
 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.