Isnin, 31 Oktober 2011

Permohonan secara online ke MRSM sudah ditutup

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Pengumuman ini khas ditujukan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 yang memohon untuk kemasukan Tingkatan 4 tahun 2012 ke MRSM, permohonan secara online telah ditutup pada 20/10/2011 yang lalu. Anda dikehendaki menghantar butiran-butiran yang diminta seperti yang tertulis dalam borang permohonana tersebut yang telah dicetak. Pelajar-pelajar tersebut juga akan menjalani ujian IQ di MRSM yang telah para pelajar pilih. Sila ikut semua ketetapan yang telah dipersetujui. Harap maklum. Sebarang pertanyaan boleh terus berjumpa dengan guru-guru kaunselor. Sekian, terima kasih. 

Ahad, 23 Oktober 2011

7 Cara Untuk Berjaya Dalam Pelajaran

Bismillahirrahmanirrahim….....
1. Bertanggungjawab pada diri sendiri. Tanggungjawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.

2. Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya. Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda. Jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda.

3. Dahulukan mana yang penting. Lakukanlah dulu keutamaan-keutamaan yang telah anda tentukan sendiri. Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu apa yang telah anda tetapkan.

4. Anggap anda berada dalam "win-win situation". Anggaplah rakan anda yang banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas.

5. Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda. Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik dengan guru, misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu untuk menyiapkan kerja, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut.

6. Cari penyelesaian yang lebih baik. Apabila anda tidak memahami tajuk yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut. Cuba cara lain pula. Misalnya, bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau dengan guru pembimbing (mentor) kamu. Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik.

7. Cabar diri sendiri secara berkesinambungan. Dengan cara ini, pelajar akan terasa mengasyikkan, dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang. Semoga 7 langkah ini dapat membantu anda belajar secara efektif dan berjaya dalam pelajaran.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Happy Deepavali to All My Indian Readers

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakhsmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
Kolam merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.
HAPPY DEEPAVALI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENGANUT HINDU DARI KAMI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SM KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM.
 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.