Isnin, 19 Mac 2012

Debaran yang semakin menghampiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari ini kita masih lagi diberi nikmat hidup dan bernafas. Hari ini adalah hari Isnin, esok hari Selasa dan lusa hari Rabu. Debaran yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar Tingkatan 5 yang telah menduduki peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA pada tahun lepas. Keputusan SPM akan diumumkan pada hari Rabu, iaitu pada 21/03/2012. Semoga penat lelah mereka selama ini akan terbalas apabila mendapat keputusan yang semestinya membanggakan semua pihak. Kami, para guru SMK Simpang Rengam akan sentiasa mendoakan kejayaan pelajar-pelajar. Usaha, tawakal dan doa. InsyaAllah. Sekian, assalamualaikum.

Sabtu, 3 Mac 2012

Program Syukur dan Sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada bulan Februari yang lepas, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu program. Program tersebut ialah program 'SYUKUR dan SAYANG'.

Syukur di sini membawa maksud menghargai apa yang kita miliki kerana belum tentu orang lain dapat memilikinya. Contohnya dapat kita lihat orang-orang di sekeliling kita. Ada di kalangan mereka di luar sana sudah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali dan lain-lain lagi. Selain itu, kita juga perlulah bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan. Terlalu banyak nikmat yang kita rasai pada hari ini. Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Maksud 'sayang' dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang kita jaga dengan rapi. Contohnya, barang-barang yang orang lain beri kepada kita sempena hadiah hari lahir kita atau sebagainya. Sememangnya kita akan menjaga pemberian itu. Dalam kata lain juga, kita akan menjaga barang yang kita sayang dan tidak akan membenarkan sesiapa mengambilnya. Sama juga dengan orang-orang yang kita sayang. Kita sentiasa akan memastikan orang-orang yang kita sayang itu selamat. Kita boleh lihat dalam sesebuah institusi keluarga. Semuanya saling menyayangi dan saling memerlukan.

Pada hari Jumaat yang lepas iaitu pada 27/02/2012, Ustazah Azline telah menyampaikan sedikit tazkirah mengenai Program Syukur dan Sayang. Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada penyampaian tazkirah tersebut. Sekian, assalamualaikum.

Isnin, 27 Februari 2012

Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah 2012

Program Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah berlangsung pada 27 Feb hingga 2 Mac 2012. Dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad bin Awang (pengetua SMKSR) yang bertempat di dewan Jauhari SMKSR.
  • TEMA -  1 Malaysia Membanteras Dadah.
  • VISI - SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012.
  • MISI -  Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas dari dadah.
  • MATLAMAT - Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012".
  • IKRAR MINGGU ANTI DADAH.

    Bahawasanya kami rakyat Malaysia berikrar untuk
    menjauhkan diri dari dadah pada setiap masa dengan
    memenuhi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah.
    Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berguna dan berfungsi
    kepada masyarakat. Menjadi rakyat berilmu, berakhlak mulia
    dan mengamalkan cara hidup sihat dan cergas serta menyediakan
    diri untuk mengisi keperluan.
  • PROGRAM MINGGU ANTI DADAH.
  1. 27/02/12 - Pelancaran Program - Pameran - Pertandingan Silang Kata - Penyalah Gunaan Dadah.
  2. 28/02/12 - Kuiz aAnti Dadah - Ceramah AADK - Ceramah Penjara - Penyalahgunaan DADAH.
  3. 29/02/12 - Kuiz Anti Dadah - Pertandingan Melukis Poster, Buku Skrap - Ceramah Kesihatan "Remaja dan Rokok".
  4. 01/03/12 - Kuiz Anti Dadah - Pertandingan Mendeklamasikan Sajak - Explorace.
  5. 02/03/12 - Pembudayaan Al-Quran - Pertandingan Futsal dan Bola Jaring.
     
    Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.