Isnin, 31 Oktober 2011

Permohonan secara online ke MRSM sudah ditutup

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Pengumuman ini khas ditujukan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 yang memohon untuk kemasukan Tingkatan 4 tahun 2012 ke MRSM, permohonan secara online telah ditutup pada 20/10/2011 yang lalu. Anda dikehendaki menghantar butiran-butiran yang diminta seperti yang tertulis dalam borang permohonana tersebut yang telah dicetak. Pelajar-pelajar tersebut juga akan menjalani ujian IQ di MRSM yang telah para pelajar pilih. Sila ikut semua ketetapan yang telah dipersetujui. Harap maklum. Sebarang pertanyaan boleh terus berjumpa dengan guru-guru kaunselor. Sekian, terima kasih. 

Ahad, 23 Oktober 2011

7 Cara Untuk Berjaya Dalam Pelajaran

Bismillahirrahmanirrahim….....
1. Bertanggungjawab pada diri sendiri. Tanggungjawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.

2. Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya. Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda. Jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda.

3. Dahulukan mana yang penting. Lakukanlah dulu keutamaan-keutamaan yang telah anda tentukan sendiri. Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu apa yang telah anda tetapkan.

4. Anggap anda berada dalam "win-win situation". Anggaplah rakan anda yang banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas.

5. Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda. Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik dengan guru, misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu untuk menyiapkan kerja, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut.

6. Cari penyelesaian yang lebih baik. Apabila anda tidak memahami tajuk yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut. Cuba cara lain pula. Misalnya, bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau dengan guru pembimbing (mentor) kamu. Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik.

7. Cabar diri sendiri secara berkesinambungan. Dengan cara ini, pelajar akan terasa mengasyikkan, dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang. Semoga 7 langkah ini dapat membantu anda belajar secara efektif dan berjaya dalam pelajaran.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Happy Deepavali to All My Indian Readers

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakhsmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
Kolam merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.
HAPPY DEEPAVALI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENGANUT HINDU DARI KAMI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SM KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM.

Khamis, 20 Oktober 2011

Bengkel Outreach Merekayasa di Pasir Gudang

Assalamualaikum dan selamat petang.

Bengkel Outreach Merekayasa diadakan pada 19-21 Oktober 2011 di Hotel Selesa, Pasir Gudang. Bengkel ini dianjurkan untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang asas-asas membina blog. Selain itu, para pelajar diberi tugasan untuk membina blog Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah masing-masing selepas sahaja JU ICT selesai menerangkan langkah-langkah membina blog. Terdapat sepuluh daerah yang menyertai bengkel outreach tersebut.

Antara daerah tersebut ialah :
  1. Daerah Muar
  2. Daerah Johor Bahru
  3. Daerah Batu Pahat
  4. Daerah Mersing
  5. Daerah Pasir Gudang
  6. Daerah Kota Tinggi
  7. Daerah Pontian
  8. Daerah Kulaijaya
  9. Daerah Kluang
  10. Daerah Segamat
Ju Muda  dari daerah Kluang  yang menyertai Bengkel Outreach Merekayasa.
 JU Muda SMKSR.
Para peseta diberi masa untuk menyiapkan blog Unit Bimbingan Kaunseling sekolah masing-masing.
 Gelagat peserta menyiapkan tugasan.
 Tekun menyiapkan tugasan.
 Gelagat peserta SMKSR yang menyertai Bengkel Outreach Merekayasa.
Eh, eh jangan hempas netbook tu.

Rabu, 19 Oktober 2011

Program Jejak Siswa bersama Pelajar Fakulti Perubatan UKM

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Seperti gambar yang terpapar di atas, SMK Simpang Renggam telah menjalankan Program Jejak Siswa bersama Pelajar Fakulti Perubatan UKM. Program ini hanya memakan masa selama 2 hari sahaja yang bertempat di dewan blok F SMK Simpang Renggam. Bermulanya program ini pada 15-17 Julai 2011. Ia bertujuan untuk memberi semangat dan dorongan kepada para pelajar agar dapat menyakinkan diri dalam apa jua bidang yang diceburi. Salah satu daripada tentatif program ini ialah mendaki Gunung Berlumut yang terletak di Kluang sahaja. Para pelajar menaiki bas untuk pergi ke destinasi yang telah ditetapkan.
Selain itu, exploraces diadakan dalam program ini pada sebelah malam. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuh oleh para peserta seperti menimbang telur menggunakan kadboard, mengambil duit syiling dalam balang yang diisikan dengan ais, mencipta dan membuat pakaian tradisional menggunakan helaian surat khabar. Aktiviti tersebut boleh dilihat di bawah ini.
Explorace yang diadakan di sebelah malam.
Para peserta dikehendaki meneka apakah bahan yang para
peserta rasa.
Mencipta dan membuat pakaian tradisional menggunakan
helaian surat khabar.

Sentuhan qalbu bersama Abang Alang and the geng

Assalamualaikum dan salam 1 ummah.

Program sentuhan qalbu telah diadakan pada bulan 4 tahun 2011 anjuran Kelab Bimbingan dan Kaunseling SMK Simpang Renggam. Program ini khususnya disertai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 serta pelajar 'PERFECT SCORE' Tingkatan 2. Program ini dikelola oleh Abang Alang dan rakan-rakannya daripada MSQ Power Training dengan 'taglinenya' iaitu "SANTAI, DUDUK ATAS LANTAI, TANPA PAKAI TIE". Program bersama Abang Alang bermula pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Ahad. Program ini juga telah memberi kesedaran kepada para pelajar tentang keseimbangan  ilmu di dunia dan akhirat. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar telah memberikan kerjasama yang mantap untuk menjayakan program ini.
Gambar peserta sentuhan qalbu.
Sesi menyentuh hati bersama Abang alang :) 
 Bergambar bersama Abang Syafiq Kamal.
Hari kemuncak program sentuhan qalbu.
Pelajar-pelajar lelaki.

Minggu Antidadah 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada 28 Feb hingga 4 Mac 2011 telah berlangsung minggu antidadah di SMK Simpang Renggam. Para pelajar telah diberi pendedahan tentang jeni-jenis dadah, penyakit dan sebagainya. Minggu antidadah ini diadakan bertujuan untuk mengelakkan para pelajar daripada terjerumus dalam penyalahgunaan dadah. Program ini dapat dijalankan dengan lancar sekaligus dapat mencapai objektif sekolah untuk melahirkan generasi muda yang bebas daripada dadah. Pelbagai aktiviti juga telah dilaksanakan. Contohnya seperti exploraces, membina blog PPDa, pertandingan mendeklamasikan sajak tentang dadah dan lain-lain. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar. Para pelajar akan dilihatkan dengan pameran- pameran yang berkaitan dengan minggu antidadah. Banyak benda baru yang pelajar perolehi daripada minggu antidadah tahun ini.
Bergambar bersama-sama pelajar SMKSR :D
Dari kanan Fakhruddin, Ashrafuddin, Harith Murshidi dan Hazlami.

 Video Minggu Antidadah SMKSR 2011.

Pengenalan Unit Bimbingan & Kaunseling SMKSR

Assalamualaikum warah matullah hiwabarokatuh.

Kelab Bimbingan dan Kaunseling ini telah ditubuhkan sejak sekolah SMK Simpang Renggam dibuka, iaitu kira-kira pada tahun 1998. Guru yang menguruskan kelab ini adalah Cikgu Hasnah Sara, Cikgu Rosli, Cikgu Aidahhani dan juga Cikgu Rogayah. Objektif sekolah kami menubuhkan kelab ini ialah untuk memberi nasihat dan dorongan kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah. Selain itu, kelab bimbingan dan kaunseling di SMKSR mengadakan pelbagai aktiviti, lawatan, ceramah dan sebagainya seperti Kem anak soleh, pogram PMR dan SPM serta minggu anti-dadah dan banyak lagi. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kelab Bimbingan dan Kaunseling untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang terbaik dikalangan yang terunggul.
 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.