FALSAFAH PRS
Sebagai PRS anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) iaitu, “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kreativiti, dan keimanan.
PRINSIP PRS
ETIKA PRS :
- ●Amanah dan menyimpan rahsia.
- Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
- Memahami batasan dan keupayaan diri.
- Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
- Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri dan/atau orang lain.
- Merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling.