Isnin, 23 April 2012

Minggu Kerjaya 2012

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Pada hari ini, 23/04/2012, telah diadakan perasmian bagi minggu kerjaya bagi tahun 2012. Perasmian ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Ahmad bin Awang, pengetua SMK Simpang Rengam. Minggu kerjaya ini akan diadakan selama seminggu (23/04/2012 - 27/04/2012). Pelbagai aktiviti akan diadakan bersempena dengan minggu kerjaya ini. Antaranya ialah temu duga untuk kelayakan bekerja, kuiz minggu kerjaya, spell it right dan sebagainya. Pada setiap pagi, guru kaunseling SMKSR akan menganjurkan pertandingan "Spell It Right" selama 5 minit. Spell it right tersebut mengenai bidang-bidang pekerjaan.

Selain itu, pihak bimbingan dan kaunseling juga mengadakan aktiviti yang lebih kurang tentang pilihan pekerjaan. Pelajar akan memilih pekerjaan yang mereka tak suka, suka dan mahu belajar. Daripada situ, pelajar boleh mendapat tahu ke arah mana halatuju mereka. Pelajar-pelajar juga boleh meminta nasihat daripada guru-guru kaunseling mengenai pekerjaan yang para pelajar minati atau yang ingin diceburi.

Hari kemuncak bagi Minggu Kerjaya adalah pada hari Khamis (26/04/2012). Sebanyak 16 Universiti menawarkan diri untuk membuat pameran kerjaya di SMK Simpang Rengam. Antaranya ialah Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan sebagainya. Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5, mereka boleh memilih universiti mana yang sesuai dengan kemahuan mereka. Mereka juga boleh meminta pendapat kepada pihak universiti tersebut tentang bidang-bidang apa yang mereka boleh ceburi bersesuaian dengan pelajaran apa yang mereka ambil untuk SPM.
 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.