Isnin, 11 Mac 2013

Perasmian Minggu Anti-Dadah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pada hari ini (11 Mac 2013 - Isnin), SMK Simpang Rengam telah masuk ke Minggu Anti-Dadah peringkat sekolah bagi tahun 2013. Pastinya pelbagai aktiviti telah disusun rapi untuk para pelajar menyertainya nanti. Minggu Anti-Dadah ini dirasmikan oleh Pengetua SMK Simpang Rengam, iaitu Tuan Hj. Ahmad bin Awang.

Objektif diadakan minggu anti-dadah di setiap sekolah pada setiap tahun adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar akan keburukkan mengambil dadah. Negara telah menetapkan tempoh bahawa sekolah bebas dadah tahun 2013 dan negara bebas dadah tahun 2020. Minggu anti-dadah yang diadakan ini adalah sebagai satu alternatif kerajaan untuk mengurangkan peratusan penagihan dadah di negara ini.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah eksplores, kuiz, pertandingan melukis poster, pertandingan bola jaring antara kelas dan lain-lain lagi. Sudah tentu sekolah telah menetapkan matlamat untuk apa aktiviti-aktiviti sebegini diadakan. Antaranya untuk menjadikan pelajar-pelajar cergas dan mengelakkan para pelajar daripada mengambil dadah supaya dapat menjalani kehidupan sehari-hari dengan sempurna. Sekian sahaja coretan untuk kali ini. Wassalam dan jumpa lagi.
 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.