Sabtu, 3 Mac 2012

Program Syukur dan Sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada bulan Februari yang lepas, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu program. Program tersebut ialah program 'SYUKUR dan SAYANG'.

Syukur di sini membawa maksud menghargai apa yang kita miliki kerana belum tentu orang lain dapat memilikinya. Contohnya dapat kita lihat orang-orang di sekeliling kita. Ada di kalangan mereka di luar sana sudah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali dan lain-lain lagi. Selain itu, kita juga perlulah bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan. Terlalu banyak nikmat yang kita rasai pada hari ini. Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Maksud 'sayang' dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang kita jaga dengan rapi. Contohnya, barang-barang yang orang lain beri kepada kita sempena hadiah hari lahir kita atau sebagainya. Sememangnya kita akan menjaga pemberian itu. Dalam kata lain juga, kita akan menjaga barang yang kita sayang dan tidak akan membenarkan sesiapa mengambilnya. Sama juga dengan orang-orang yang kita sayang. Kita sentiasa akan memastikan orang-orang yang kita sayang itu selamat. Kita boleh lihat dalam sesebuah institusi keluarga. Semuanya saling menyayangi dan saling memerlukan.

Pada hari Jumaat yang lepas iaitu pada 27/02/2012, Ustazah Azline telah menyampaikan sedikit tazkirah mengenai Program Syukur dan Sayang. Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada penyampaian tazkirah tersebut. Sekian, assalamualaikum.
 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.