Rabu, 21 Mac 2012

Tahniah diucapkan kepada mereka :)

 Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.
Saat yang dinanti-nantikan telah tiba. Pada hari ini, pelajar-pelajar Tingkatan 5 telah mengetahui keputusan mereka. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya. Yang kurang berjaya jangan berputus asa. Masih banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi. Semoga apa yang berlaku ini dapat menjadi pengajaran untuk hari esok kepada kita semua. Moga berjaya dunia dan akhirat.
Sekalung ucapan tahniah buat Nur Syaza binti Zainulddin dari Tingkatan 5 SN (gambar 1) kerana mendapat 'Perfect Score' dengan memperoleh 9A dalam semua matapelajaran. Semoga usaha anda untuk terus maradan bukan setakat ini sahaja. Ucapan tahniah ini ditujukan buat Maria Yaziera yang juga dari Tingkatan 5 SN (gambar 2) kerana mendapat 8A 1B. Semoga terus berusaha mencapai apa yang dihajatinya. Semoga berjaya ! Tahniah juga diucapkan kepada pelajar (gambar 3). Maaf sebab tak letak nama. Tak tahu namanya. Tahniah atas kejayaan kamu. Semoga berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

Tahniah sekali lagi diucapakan. Ada di antara pelajar kita mendapat 8A, 7A, 5A, 6A, 4A, 3A dan sebagainya. Tingkatkan sikap RAJIN, kurangkan sikap MALAS. Good luck ! 

Isnin, 19 Mac 2012

Debaran yang semakin menghampiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari ini kita masih lagi diberi nikmat hidup dan bernafas. Hari ini adalah hari Isnin, esok hari Selasa dan lusa hari Rabu. Debaran yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar Tingkatan 5 yang telah menduduki peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA pada tahun lepas. Keputusan SPM akan diumumkan pada hari Rabu, iaitu pada 21/03/2012. Semoga penat lelah mereka selama ini akan terbalas apabila mendapat keputusan yang semestinya membanggakan semua pihak. Kami, para guru SMK Simpang Rengam akan sentiasa mendoakan kejayaan pelajar-pelajar. Usaha, tawakal dan doa. InsyaAllah. Sekian, assalamualaikum.

Sabtu, 3 Mac 2012

Program Syukur dan Sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada bulan Februari yang lepas, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu program. Program tersebut ialah program 'SYUKUR dan SAYANG'.

Syukur di sini membawa maksud menghargai apa yang kita miliki kerana belum tentu orang lain dapat memilikinya. Contohnya dapat kita lihat orang-orang di sekeliling kita. Ada di kalangan mereka di luar sana sudah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali dan lain-lain lagi. Selain itu, kita juga perlulah bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan. Terlalu banyak nikmat yang kita rasai pada hari ini. Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Maksud 'sayang' dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang kita jaga dengan rapi. Contohnya, barang-barang yang orang lain beri kepada kita sempena hadiah hari lahir kita atau sebagainya. Sememangnya kita akan menjaga pemberian itu. Dalam kata lain juga, kita akan menjaga barang yang kita sayang dan tidak akan membenarkan sesiapa mengambilnya. Sama juga dengan orang-orang yang kita sayang. Kita sentiasa akan memastikan orang-orang yang kita sayang itu selamat. Kita boleh lihat dalam sesebuah institusi keluarga. Semuanya saling menyayangi dan saling memerlukan.

Pada hari Jumaat yang lepas iaitu pada 27/02/2012, Ustazah Azline telah menyampaikan sedikit tazkirah mengenai Program Syukur dan Sayang. Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada penyampaian tazkirah tersebut. Sekian, assalamualaikum.
 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.