Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
- Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."
- Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
- Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
- Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
- Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
- Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya... (perkara yang elok-elok belaka).
- Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH !....
- Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
- Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
- Kekalkan wuduk.
- Bersedekah.
- Belanja orang makan.
- Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was-was, tidak pasti halal atau tidak).
- Berkawan dengan ulama'.
- Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
- Pesan pada orang, jadi baik.
- Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut dsb). Jangan dengar orang mengumpat.