Jumaat, 5 Oktober 2012

Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan 4 bakal bermula

Assalamualaikum dan salam hari minggu.
Merujuk tajuk di atas, peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 4 akan bermula pada hari Selasa minggu depan. Bagi pelajar Sains Agama dan Prinsip Akaun Agama tingkatan 4, mereka telah pun menjalani peperiksaan akhir tahun pada hari Jumaat yang lalu. Di kesempatan ini, kami, dari Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar tingkatan 4. Jawab betul-betul dan jangan main-main. Peperiksaan akhir tahun ini juga penting untuk menentukan sasaran para pelajar untuk SPM pada tahun hadapan. Sekian, wassalam.

Khamis, 27 September 2012

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
  1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
  5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya... (perkara yang elok-elok belaka).
  7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH !....
  8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
  10. Kekalkan wuduk.
  11. Bersedekah.
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was-was, tidak pasti halal atau tidak).
  14. Berkawan dengan ulama'.
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  16. Pesan pada orang, jadi baik.
  17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut dsb). Jangan dengar orang mengumpat.
"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."

Selasa, 4 September 2012

Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam 17 Syawal.
Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar Tingkatan 5 terutamanya pelajar-pelajar SMKSR. Semoga segala tunjuk ajar yang telah para guru berikan dapat membantu para pelajar dalam menjawab kertas peperiksaan percubaan SPM. Usaha sehabis boleh dan buktikan kepada warga sekolah bahawa warga sekolah memang patut berbangga dengan kamu semua. Sekian, wassalam.

Isnin, 20 Ogos 2012

Salam Lebaran 2012 M / 1433 H

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Di kesempatan yang ada ini, kami dari warga Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKSR ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah dan sentiasa diamalkan di bulan-bulan yang lain juga.

Jika ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Jika ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

P/s : Kepada adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, jangan lah bermain mercun ye. Silap-silap nanti boleh membakar diri. Apa-apa pun, jaga diri di hari lebaran :)

Rabu, 8 Ogos 2012

Semoga berjaya kepada para pelajar Tingkatan 3

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.
Pada hari ini, semua sekolah yang ada di Malaysia dan pelajar-pelajar Tingkatan 3 khususnya akan menduduki Peperiksaan Percubaan PMR bagi tahun 2012. Semoga berjaya diucapkan kepada para pelajar Tingkatan 3 SMKSR dan seluruh negeri. Buat sebaik mungkin dan tunjukkan bahawa anda boleh dan mampu untuk menggapai impian anda. Doa guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan akan senantiasa mengiringi anda semua. Akhir kata, jawab dengan hati yang tenang dan jangan gelabah.

Jumaat, 20 Julai 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan !

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Unit  Bimbingan Kaunseling SMKSR ingin mengucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan kepada semua umat Islam. Sudah setahun kita meninggalkan bulan Ramadhan tahun lalu, kini ia menjelma kembali. Unit Bimbingan Kaunseling SMKSR mendoakan agar kita sama-sama dapat membuat ibadah lebih daripada sebelum-sebelumnya.
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
  1. Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no : 233).
  2. Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah." (HR Ibn Hibban).
  3. Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i).
  4. Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim).
  5. Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari).
  6. Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari).
  7. Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar ? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr :1-5).
  8. Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim).
  9. Nabi saw bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim).
  10. Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari).

Khamis, 12 Julai 2012

Program Hati ke Hati

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Pada hari ini, Kelab Bimbingan dan Kaunseling mengadakan Program Hati ke Hati. Program ini berlangsung selama setengah hari. Hanya pelajar-pelajar yang terpilih sahaja yang menyertai program tersebut. Lebih kurang seramai 50 orang pelajar perempuan terlibat dalam Program Hati ke Hati.

Program Hati ke Hati ini bertujuan untuk menyedarkan para pelajar tentang pergaulan bebas yang semakin berleluasa dan juga implikasi daripada pergaulan bebas tersebut. Pelbagai nasihat diberikan kepada mereka. Para pelajar tersebut dinasihati agar tidak mudah cair dengan pujukan dan rayuan pasangan atau kekasih mereka. Kebanyakan para pelajar yang terlibat ini adalah para pelajar yang sedang ber'couple'. Senang kata yang ada pakwe dan tengah bercinta. Ada pelajar yang mendengar dan ada juga pelajar yang tidak ambil berat akan hal ini. Jangan menyesal di kemudian hari bak kata pepatah "Sudah Terhantuk Baru Terngadah". Jika diikutkan dalam Islam, ber'couple' adalah haram malah tiada istilah couple islamik. Bercinta itu tiada salahnya asalkan tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya, kita mesti menjaga hati masing-masing kerana semuanya bermula dari hati yang berbisik menginginkannya. Janganlah mudah sangat memberi seluruh jiwa dan raga kepada pasangan masing-masing yang belum tentu dapat membimbing kita ke arah syurga Allah tetapi jika memberi seluruh jiwa dan raga kepada Allah tidak mengapa. Allah itu Maha Esa dan Maha Mengetahui segala-galanya. 

Rabu, 11 Julai 2012

Kursus Kepimpinan Pelajar Cemerlang Ting. 4 SMK Daerah Kluang

KELOLAAN :

INSTITUSI INTEGRITI, KEPIMPINAN DAN LATIHAN SEMANGAT.
YAYASAN WARISAN JOHOR (IKLAS).
26 hingga 28 Jun 2012.
SAVANNAH HILL RESORT.
KG.SG.TIRAM, ULU TIRAM JOHOR.

Kursus kepimpinan ini dijalankan bertujuan untuk membina ganerasi muda yang berkualiti bagi merealisasikan misi dan visi negara. Selain itu, program ini dapat melahirkan pelajar atau pemimpin yang berperibadi mulia dan berintegriti.

Antara aktiviti sepanjang program ini berlangsung ialah, Langkah Asas Zapin Johor. Aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai warisan seni budaya yang semakin dilupakan. Seterusnya ialah, Bengkel Integriti. Para pelajar diberi pengetahuan mengenai integriti dan panduan mengamalkan integriti dalam kehidupan. Dengan pengetahuan sebegini, para pelajar diajar mengenai perdebatan Integriti. Perdebatan ini berlangsung pada hari terakhir kursus ini diadakan. Aktiviti ini mendapat sokongan yang menggalakkan daripada pelajar. Para pelajar menunjukkan minat dan bakat mereka yang terpendam dalam perdebatan ini. Kursus ini berakhir pada 28 Jun iaitu pada hari ketiga kursus ini dijalankan.

Sabtu, 30 Jun 2012

Hari Koperasi SMK Simpang Rengam tahun 2012

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Pada hari ini telah berlangsungnya "Hari Koperasi SMKSR tahun 2012". Pihak sekolah telah merasmikan hari koperasi pada hari Isnin yang lalu dan hari kemuncaknya ialah pada hari ini, iaitu 30/06/2012 (Sabtu). Pelbagai aktiviti yang dilakukan sempena dengan minggu koperasi sebelum meraikan hari kemuncak koperasi seperti eksplores, teka silang kata dan sebagainya.

Semua persatuan yang ada di sekolah telah mengambil bahagian untuk berniaga. Terdapat juga peniaga dari luar yang turut berniaga sempena Hari Koperasi Sekolah Tahun 2012 untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut. Selain menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, ada juga yang menjual keychain, dompet dan lain-lain lagi. Selain aktiviti menjual, terdapat juga aktiviti padang iaitu futsal dan bola sepak.

Kelab Bimbingan dan Kaunseling juga mengambil bahagian sempena hari koperasi tersebut. Kelab Bimbingan dan Kaunseling menayangkan cerita dan filem untuk ditonton oleh para pengunjung. Antara yang cerita dan filem yang ditayangkan ialah Bohsia 2 Jalan Kembali, Aku, Kau dan Dia serta Madagaska. Alhamdulillah kepada Allah kerana sambutan ini berjalan dengan lancar. Harapnya tahun depan akan lebih meriah. Di sini ada beberapa gambar yang ingin dikongsikan bersama. Sekian, assalamualaikum. 



Isnin, 23 April 2012

Minggu Kerjaya 2012

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Pada hari ini, 23/04/2012, telah diadakan perasmian bagi minggu kerjaya bagi tahun 2012. Perasmian ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Ahmad bin Awang, pengetua SMK Simpang Rengam. Minggu kerjaya ini akan diadakan selama seminggu (23/04/2012 - 27/04/2012). Pelbagai aktiviti akan diadakan bersempena dengan minggu kerjaya ini. Antaranya ialah temu duga untuk kelayakan bekerja, kuiz minggu kerjaya, spell it right dan sebagainya. Pada setiap pagi, guru kaunseling SMKSR akan menganjurkan pertandingan "Spell It Right" selama 5 minit. Spell it right tersebut mengenai bidang-bidang pekerjaan.

Selain itu, pihak bimbingan dan kaunseling juga mengadakan aktiviti yang lebih kurang tentang pilihan pekerjaan. Pelajar akan memilih pekerjaan yang mereka tak suka, suka dan mahu belajar. Daripada situ, pelajar boleh mendapat tahu ke arah mana halatuju mereka. Pelajar-pelajar juga boleh meminta nasihat daripada guru-guru kaunseling mengenai pekerjaan yang para pelajar minati atau yang ingin diceburi.

Hari kemuncak bagi Minggu Kerjaya adalah pada hari Khamis (26/04/2012). Sebanyak 16 Universiti menawarkan diri untuk membuat pameran kerjaya di SMK Simpang Rengam. Antaranya ialah Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan sebagainya. Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5, mereka boleh memilih universiti mana yang sesuai dengan kemahuan mereka. Mereka juga boleh meminta pendapat kepada pihak universiti tersebut tentang bidang-bidang apa yang mereka boleh ceburi bersesuaian dengan pelajaran apa yang mereka ambil untuk SPM.

Ahad, 1 April 2012

Majlis Anugerah Cemerlang 2011 PMR dan SPM

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.
Pada hari Sabtu bersamaan 31/03/2012 telah berlangsung acara Majlis Anugerah Cemerlang 2011 bagi pelajar PMR 2011 dan SPM 2011 yang telah mencapai keputusan yang amat membanggakan seluruh warga sekolah sekali gus mengharumkan nama SMK Simpang Rengam dalam bidang kurikulum. Pada hari tersebut, ibu bapa pelajar yang cemerlang dijemput hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis ini. Majlis ini bermula pada pukul 8.00 pagi dengan pendaftaran. Kemudian bacaan doa, ucapan pengetua iaitu Tuan Hj. Ahmad bin Awang dan juga ucapan perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kluang iaitu, Tuan Hj. A. Manaf bin Muslimin. Seterusnya, barulah penyampaian anugerah PMR & SPM. Majlis tamat pada pukul 12.00 tengah hari.

Berikut adalah senarai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR & SPM :

"PERFECT SCORE" PMR 2011
BIL.
NAMA PELAJAR
PENCAPAIAN
1.
Nur Azira Natasha bt. Zulkipli
9A
2.
Nur Syamimie bt. Zulkiflee
9A
3.
Nurul Liyana bt. Aziz
9A
4.
Hamzatul Aqilah bt. Abdul Jalil
9A
5.
Hanis bt. Azmi
9A
6.
Nazatul Adhana bt. Jamil
9A
7.
Noor Farazihan bt. Yahya
9A
8.
Nur Afifah bt. Abd. Fatah
9A
9.
Nurariffah bt. Mohamed Ali
9A
10.
Nurul Aimi Najihah bt. Juanis
9A
11.
Nurul Sakinah bt. Khasbullah
9A
12.
Siti Athira Husna bt. Mohd Noor
9A
13.
Siti Nuraini bt. Mohd Sokri
9A
14.
Izzam Nur Alif bin Sapri
9A
15.
Nurul Ain bt. Abd. Majid
9A
16.
Siti Norizzati bt. Mohd Din
9A
17.
Atiqah bt. Mustaffa
8A
18.
Muhammad Hafizi bin Dzaid
8A
19.
Muhammad Zuhairi Zakir bin Zakaria
8A
20.
Shahrul Ezlan bin Mohd Aleff
8A
21.
Aqilah bt. Halit
8A
22.
Azlina bt. Abd. Gami
8A
23.
Diah Nazirah bt. Roma
8A
24.
Nur Alia Suhana bt. Hasni
8A
25.
Nur Iylia Shazwin bt. Ramiti
8A
26.
Nur Liesa bt. Mohammad Azemi
8A
27.
Siti Mastura bt. Mohamad Hasem
8A
28.
Muhammad Ridhwan bin Othman
8A
29.
Nanthini A/P Rajindran
8A

"NEAR MISS" PMR 2011
BIL.
NAMA PELAJAR
PENCAPAIAN
1.
Ariffqi bin Yaseman
8A
2.
Mohammad Shahrizad bin Pairon
8A
3.
Muhammad Syarifuddin bin Mohd Faudel
8A
4.
Norain bt. Abdul Rashid
8A
5.
Jannatunnajwa bt. Zamri
8A
6.
Juniza Jasmin bt. Zainal Abidin
8A
7.
Noor Maizatul Natasha bt. Mazlan
8A
8.
Nor Shafiqah bt. Baso Sultan Bakri
8A
9.
Nor Shahirah Suhaili bt. Karnain
8A
10.
Noridah bt. Tiuno
8A
11.
Nur Ainin Sofiya bt. Mohd Puhat
8A
12.
Nuratiqah Huda bt. Supandi
8A
13.
Nurul Syahira Ezzaty bt. Nor Azman
8A
14.
Nurul Syazwani bt. Salim
8A
15.
Puteri Alieda bt. Subbli
8A
16.
Suraya bt. Sukri
8A
17.
Amiza Nurmysha bt. Sapin
8A
18.
Marina bt. Abd. Halim
8A
19.
Nur Ismah bt. Md Salleh
8A
20.
Nursahiela bt. Rosli
8A
21.
Nurul Hidayah bt. Mohd Supani
8A
22.
Siti Akmal bt. Ahmad Zaki
8A
23.
Siti Najwa Syuhadah bt. Abdul Nasir
8A
24.
Siti Nur Suhaili Afiqah bt. Sariman
8A
25.
Syaza Nazurah bt. Khamsa
8A
26.
Mohamad Tawfiq bin Johari
7A
27.
Haziqah bt. Ahmad Fazli
7A
28.
Nur Atika bt. Abu Bakar
7A
29.
Siti Nur ’Atikah bt. Md Khalid
7A
30.
Siti Zulaiha bt. Nain
7A
31.
Farhah bt. Sadeli
7A
32.
Muhammad Aizat bin Zamani
7A
33.
Neo Soon Huat
7A

PENCAPAIAN CEMERLANG SPM 2011
BIL.
NAMA PELAJAR
PENCAPAIAN
1.
Nur Syaza bt. Zainulddin
6(A+) 2(A) 1(A-)
2.
Noraina bt. Samawi
5(A) 1(A-) 1(B+) 1(C+) 1(C)
3.
Adibah Fatin bt. Ahmad Fauzi
4(A+) 1(A) 1(A-) 3(B+) 1(B) 1(C+)
4.
Nur Syahirah bt. Abd. Fatah
4(A) 3(A-) 2(B+) 2(B)
5.
Aina Musfirah bt. Hanafi
4(A) 2(A-) 3(B+) 2(B)
6.
Nur Afiqah bt. Md Apandi
4(A) 2(A-) 1(B) 1(C+) 2(D)
7.
Nurul Aqilah bt. Roslan
3(A+) 4(A) 1(A-) 1(B+)
8.
Nur Syahirah Nadhirah bt. Mohd Radzuan
3(A+) 4(A) 1(A-) 1(B+)
9.
Indok Nuratikah bt. Nizamudin
3(A+) 3(A) 2(A-) 1(B)
10.
Nurul Syafiqah bt. Musa
3(A+) 1(A) 3(A-) 3(B+) 1(B)
11.
Noor Amirah Huda bt. Ahmad Mahmod
3(A+) 1(A) 2(A-) 1(B+) 3(B) 1(C+)
12.
Nor Syazwani bt. Jamadi
2(A+) 5(A) 1(A-) 3(B+)
13.
Rahimah bt. Abd. Shukor
2(A+) 4(A) 1(A-) 2(B+) 1(B)
14.
Mohamad Faizuan bin Ismail
2(A+) 3(A) 2(A-) 2(B+) 2(B)
15.
Siti Nurbaizura bt. Saraji
2(A+) 3(A) 1(A-) 4(B+) 1(B)
16.
Atiqah Faezah bt. Omar
2(A+) 2(A) 5(A-) 1(B+) 1(B)
17.
Noraqila bt. Rosli
2(A+) 2(A) 2(A-) 2(B) 1(C+) 1(C) 1(D)
18.
Fatin Syahirah bt. Aladin
2(A) 4(A-) 1(B+) 1(B) 1(D)
19.
Maria Yaziera bt. Mohd Yachap
1(A+) 4(A) 3(A-) 1(B)
20.
Siti Nurathirah bt. Abu Hassan
1(A+) 4(A) 1(A-) 1(B) 1(C) 1(E)
21.
Iryani bt. Sarbini
1(A+) 3(A) 3(A-) 2(C+) 1(D)
22.
Nur Aisyah bt. Ismail
1(A+) 3(A) 2(A-) 3(B+)
23.
Nur Syuhada bt. Abd. Razak
1(A+) 3(A) 2(A-) 2(B+) 1(B)
24.
Muhammad Farid bin Mohd Talib
1(A+) 2(A) 5(A-) 1(B+) 2(B)

Semoga dengan pencapaian yang cemerlang ini, mereka akan terus berusaha untuk lebih berjaya di masa hadapan nanti. Doa dan restu kami mengiringi anda semua. Semoga berjaya dalam hidup dunia akhirat. Bila sudah berjaya, jangan lupa jasa kedua ibu bapa kita, guru-guru kita yang telah memberi tunjuk ajar kepada kita jika kita tidak faham akan sesuatu perkara, rakan-rakan kita yang memberi semangat dan keyakinan kepada kita agar tidak pernah kenal erti putus asa serta orang-orang di sekeliling kita.
 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.