Khamis, 12 Julai 2012

Program Hati ke Hati

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Pada hari ini, Kelab Bimbingan dan Kaunseling mengadakan Program Hati ke Hati. Program ini berlangsung selama setengah hari. Hanya pelajar-pelajar yang terpilih sahaja yang menyertai program tersebut. Lebih kurang seramai 50 orang pelajar perempuan terlibat dalam Program Hati ke Hati.

Program Hati ke Hati ini bertujuan untuk menyedarkan para pelajar tentang pergaulan bebas yang semakin berleluasa dan juga implikasi daripada pergaulan bebas tersebut. Pelbagai nasihat diberikan kepada mereka. Para pelajar tersebut dinasihati agar tidak mudah cair dengan pujukan dan rayuan pasangan atau kekasih mereka. Kebanyakan para pelajar yang terlibat ini adalah para pelajar yang sedang ber'couple'. Senang kata yang ada pakwe dan tengah bercinta. Ada pelajar yang mendengar dan ada juga pelajar yang tidak ambil berat akan hal ini. Jangan menyesal di kemudian hari bak kata pepatah "Sudah Terhantuk Baru Terngadah". Jika diikutkan dalam Islam, ber'couple' adalah haram malah tiada istilah couple islamik. Bercinta itu tiada salahnya asalkan tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya, kita mesti menjaga hati masing-masing kerana semuanya bermula dari hati yang berbisik menginginkannya. Janganlah mudah sangat memberi seluruh jiwa dan raga kepada pasangan masing-masing yang belum tentu dapat membimbing kita ke arah syurga Allah tetapi jika memberi seluruh jiwa dan raga kepada Allah tidak mengapa. Allah itu Maha Esa dan Maha Mengetahui segala-galanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.