Selasa, 5 Mac 2013

Kem Kepimpinan SMK Simpang Rengam

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pada tarikh 01.03.2013 (Jumaat) sehingga 03.03.2013 (Ahad), pihak unit bimbingan dan kaunseling SMK Simpang Rengam telah menganjurkan kem kepimpinan kepada pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyertai kem tersebut di Kem Air Hitam Bt. 13, Muar. Antara pelajar yang terpilih adalah terdiri daripada pengawas, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya dan exco asrama.

Jumaat, 01/03/2013.
Bertolak dari SMK Simpang Rengam pada jam 4.00 petang dan sampai di KemAH pada jam 5.45 petang. Para pelajar dikehendaki mendengar taklimat daripada pihak pengurusan KemAH yang disampaikan oleh En. Wahab. Kemudian, para pelajar dibahagikan dorm. Seterusnya bersiap untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau. Pada malamnya, kelolaan adalah di bawah pihak unit bimbingan dan kaunseling SMKSR. Mengadakan sedikit aktiviti dan pembentangan.
Sesi taklimat setibanya di kemAH
Sesi pembentangan berkumpulan
Wakil exco asrama membuat pembentangan berkumpulan
Sesi membina kenyakinan diri dalam diri peserta untuk berhadapan dengan orang lain
Sabtu, 02/03/2013.
Melakukan aktiviti "Ice Breaking" bersama Ilham Murni Coperation yang terdiri daripada Pak Man, Pak Nas, Pak Idris dan Pak Ibrahim. Beralih ke petang selepas seusai menunaikan solat Zohor, pelajar-pelajar akan mengembara hutan. Inilah saat yang paling ditunggu-tunggu. Berjalan di dalam kumpulan dan berusaha menjejaki simbol anak panah yang telah dibuat untuk sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah, tiada kumpulan yang tidak sampai ke penghujungnya. Susah senang bersama-sama hadapinya. Kesabaran dan ketahanan diuji tatkala tersesat di dalam hutan yang asing bagi kami semua. Di situlah, kerjasama dan prihatin antara satu sama lain dapat dilihat. Pada malamnya, hanya aktiviti dalaman. Pak Man, Pak Ibrahim, Pak Nas dan Pak Idris memberi motivasi kepada kami untuk menjaga maruah negara dan seterusnya menjadi pemimpin yang berkualiti dari pelbagai aspek. Pelajar dibenarkan masuk ke dorm untuk memejamkan mata pada jam 12.00 malam.
Sebelum riadah, peserta kelihatan bersemangat
Menyeberangi parit dalam sesi mengembara hutan menguji tahap kerjasama peserta dalam kumpulan
Ahad, 03/03/2013.
Melakukan senaman otot yang cukup ringkas tapi sungguh menyakitkan. Sungguh ! Kemudian, sarapan. Selesai sarapan, diadakan 2 aktiviti sebelum pulang ke rumah tercinta (homesick dah). Aktiviti yang mudah tapi menguji kecerdasan otak untuk berfikir secara kreatif. Tepat jam 4.00 petang, majlis bersurai dan kami bergerak pulang ke Simpang Rengam. Dalam bas terpancar keletihan yang menggunung bagai sebulan berada di KemAH (hiperbola semata-mata).
Wajah ceria peserta dalam aktiviti menyeberang sungai beracun
Kegigihan dan komitmen yang ditonjolkan oleh peserta dalam  aktiviti menyeberang sungai beracun
Kegembiraan teserlah diwajah para peserta 
Ikrar para peserta
Penuh bersemangat para peserta melafazkan ikrar
Sesi meminta maaf kepada guru dan fasilitator
Wajah para pemimpin smksr
Bergambar sebelum meninggalkan kemAH
Terlalu banyak manis pahit yang terpaksa kami lalui demi memahami maksud "PEMIMPIN" yang sebenar-benarnya dan pemimpin yang bagaimana yang sekolah, bangsa dan negara harapkan daripada generasi pasca merdeka ini yang sememangnya tidak merasai keperitan hidup sebelum merdeka. Banyak input yang sangat berharga buat kami para peserta. Semoga pengalaman ini dapat kami laksanakan untuk menaikkan nama sekolah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Edited By Syaza Nazurah Khamsa. All Right Reserved To Me.